Persekutuan Sepak Takraw Asia, ASTAF, menyifatkan Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Seri Ahmad Ismail tidak berminat untuk mempertahankan diri selepas gagal menjawab tuduhan terhadapnya.<br />Presidennya, Datuk Abdul Halim Kader berharap Ahmad Ismail dapat memberi kerjasama menghadiri Prosiding Tatatertib hari ini dalam usaha menentukan status dan kedudukannya.
